bila datang waktu untuk aku bekerja
aku terus menyiapkan diri aku supaya aku bersedia
untuk memberi yang terbaik untuk majikan ku
secara tak langsung aku dapat membina kekuatan dalam diri
supaya aku akan menjadi lebih baik dan bagus dari sebelumnya
dari kosong hingga berisi
aku sudah mahir dengan apa yang aku lakukan
sudah kenal mana peluang mana risiko
apa yang aku mahukan adalah keputusan yang terbaik untuk kebaikanku
aku tahu permulaan bagi kejayaan adalah cabaran yang mendatang
berjayanya kita sebagai seorang yang hebat
adalah dari segi dan cara bagaimana dia menyelesaikannya
aku memang tahu apa kebolehanku dan apa yang aku perlukan untuk meneruskan tugasku
dengan berbekalkan sedikit demi sedikit pengalaman
aku berjaya mengadaptasikan diri aku dengan suasana
tak kira dimana , bila ataupun dengan sesiapa
aku memang bukan seorang yang pandai
tapi aku juga bukan seorang yang bodoh
satu kurniaan illahi yang dianugerahkan kepadaku
adalah membaca dan mentafsir segala yang berlaku di sekeliling
lebih-lebih lagi terhadap manusia yang berada di samping ku
akan tetapi aku tetap mengendahkannya walaupun ia memang sesuatu yang pahit dan pedih
apabila insan yang paling kita hormati dan paling kita sayangi
bermuka dan berkomplot tentang agenda-agenda buruk untuk menjatuhkan
dimanakah janji manis tentang keakraban hubungan
takkan lah aku sanggup menjatuhkan mereka yang seiring dengan ku untuk menuju kejayaan
keikhlasan hati untuk bekerja telah menyebabkan kita dipinggir dan disisih ke tepi
mungkin bila terlalu sikap profesional
kita terlupa tentang perasaan kecil yang perlu dijaga
silap manusia ada dimana-mana
tak lari nya kita dari kesilapan
tak larinya kita dari dosa
jadi dengan apa yang telah berlaku
ia telah mengajarku tentang erti profesional nya berkerjaya
bak kata pepatah inggeris
" no hard feelings brother , this is strictly business "
" when it comes to professional , you must think about the job "
jadi
sudah tawar hatiku untuk memberi keikhlasan menjaga hati
dengan nekad dan prinsip
aku akan mementingkan cara aku
keprofesionalan aku
untuk aku bekerja dan menjadi insan yang hebat
di dalam arena pencariaan pendapatan
mungkin kasar kata-kata aku tapi ini adalah hakikat
kalau kita betol-betol mahu bersama-sama untuk naik
jangan sesekali kita berkomplot untuk menjatuhkan
kalau kita belum pernah rasa jatuh rasa susah
jangan sesekali kita berniat mahu menjatuhkan
bila kena dekat batang hidung sendiri
baru sedar tinggi langit dan bumi
INI UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA






































